
PETALING JAYA: Polis peroleh rakaman menunjukkan kenderaan dinaiki suspek kes serangan di tandas sebuah surau di Kelana Jaya, semalam.
Berdasarkan maklumat diperoleh itu polis sedang berusaha menangkap suspek terbabit, menurut Ketua Polis Petaling Jaya Shahrulnizam Ja’afar.
“Pihak polis memperoleh satu rakaman sistem kamera litar tertutup dari rumah berhampiran tempat kejadian yang menunjukkan kereta dinaiki suspek meninggalkan kawasan surau selepas kejadian berlaku,” katanya lapor Berita Harian.
Dua wanita cedera dipercayai diserang seorang lelaki menggunakan pisau, semalam, di tandas surau berdekatan sebuah sekolah agama rakyat, menurut laporan media.
Seorang guru sekolah agama berkenaan memberitahu media bahawa guru besarnya dilibas dengan pisau ketika cuba membantu seorang wanita yang sedang bergelut dengan suspek.
Katanya, guru besar terbabit segera ke tandas itu…