Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Polis siasat pemimpin PAS, pelakon atas ancaman kaum, kata Rafizi

today15 November 2022

Background



Rafizi Ramli berkata, beliau tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap sesiapa yang memainkan sentimen perkauman ketika berkempen, termasuk ahli PKR sendiri.

AMPANG: Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, polis memulakan siasatan terhadap kenyataan yang dibuat Ketua Pemuda PAS Sik, Shahiful Nasir dan pelakon, Zul Huzaimy.

Katanya, beliau dimaklumkan perkara itu selepas membuat laporan polis terhadap dua individu itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya hari ini.

“Saya dimaklumkan polis bahawa kertas siasatan sudah dibuka untuk dua kes itu di Bukit Aman,” katanya kepada wartawan.

Beliau berkata, polis juga memaklumkan dua insiden itu disiasat mengikut Kanun Keseksaan, Akta Multimedia dan Komunikasi 1998 serta Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Menurutnya, beliau “baru tahu” Seksyen 4A Akta Kesalahan Pilihan Raya berkaitan mempromosi perasaan berniat jahat atau permusuhan semasa berkempen.

Rafizi berharap semua…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: 'Ainin Wan Salleh