Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Polis siasat pengiring VIP langgar kereta orang awam

today17 November 2024

Background


Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman berkata polis menerima laporan berkait kejadian melibatkan kenderaan pengiring dengan sebuah kereta Proton Saga.

PETALING JAYA: Insiden tular kereta pengiring orang kenamaan yang merempuh kenderaan orang awam dalam kejadian di Lebuhraya Utara-Selatan (Plus), di Seremban, semalam, sedang dalam siasatan polis.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Mohd Yusri Hassan, berkata pihaknya menerima laporan berkaitan nahas melibatkan dua kereta berkenaan.

“JSPT sedang menjalankan siasatan lanjut berkaitan kes berkenaan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan insiden berkenaan diminta memberi maklumat untuk melengkapkan siasatan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Terdahulu, tular rakaman kamera papan pemuka menunjukkan sebuah kenderaan petugas polis sedang mengiringi VIP telah merempuh kereta jenis Proton Saga, seperti dimuat naik di Facebook, sejak petang tadi.

Dalam rakaman tersebut…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post