Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Polis Merseyside mengesahkan bahawa mereka sedang melancarkan siasatan susulan insiden penyerang Manchester United, Cristiano Ronaldo kelihatan menghancurkan telefon bimbit daripada tangan penyokong di Everton.
Polis merayu saksi kejadian tampil selepas rakaman tersebut tular di media sosial. Video berudarasi beberapa saaat itu menunjukkan pemain Portugis itu memecahkan telefon bimbit dari tangan peminat Toffees dan terhempas ke tanah.
Ketika itu Ronaldo sedang menuju ke bilik persalinan bersama dengan rakan rakannya.
Ronaldo kemudiannya mengeluarkan permohonan maaf atas sikap biadapnya melalui media sosial dan menjemput penyokong muda Everton itu untuk menonton perlawanan di Old Trafford “sebagai tanda meraikan permainan adil dan semangat kesukanan”.
Jurucakap Polis Merseyside berkata: “Kami boleh mengesahkan bahawa kami sedang berhubung dengan Kelab Bola Sepak Manchester…