Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Polis tahan 3 lelaki gaduh dalam upacara keagamaan

today18 September 2023

Background


Polis berkata punca pergaduhan itu masih dalam siasatan mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan.

PETALING JAYA: Tiga lelaki tempatan ditahan polis selepas dipercayai terbabit pergaduhan di hadapan sebuah kuil di Alma, Bukit Mertajam, tengah malam Ahad.

Video insiden pada 12.05 tengah malam ketika orang ramai melakukan upacara keagamaan itu tular di media sosial pagi tadi.

Ketua Polis Seberang Perai Tengah, Tan Cheng San, berkata ketiga-tiga lelaki terbabit berusia antara 21 hingga 25 tahun.

“Sekumpulan lelaki ini bergaduh antara satu sama lain dengan memukul menggunakan tangan dan kerusi.

“Ketika itu, terdapat orang ramai yang berada di kuil bagi melakukan upacara keagamaan,” katanya dalam kenyataan menurut Harian Metro.

Katanya, dua video berdurasi 14 dan 27 saat yang dimuat naik seorang pemilik akaun Twitter berhubung insiden itu kemudian tular sekitar 10.15 pagi

“Tiga suspek itu kini direman selama empat hari hingga Rabu.

“Punca pergaduhan masih dalam siasatan. Kes…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post