Kepada yang meminati filem yang popular di Indonesia iaitu Ainun Habibie, anda pasti mengikuti prequelnya Rudy Habibie juga kan?
Jika pada filem Rudy Habibie, ia lebih fokus kepada watak Habibie ketika pemuda tersebut masih muda dan menyambung pengajiannya di luar negara, namun dalam filem Ainun Habibie 3 yang bakal dikeluarkan tidak lama lagi ini, lebih memberi tumpuan terhadap masa muda Hasri Ainun Besari iaitu isteri kepada bekas presiden indonesia Bacharuddin Jusuf Habibie.
Sementara itu, pelakon yang memegang watak sebagai Rudy Habibie baru-baru ini telah memuat naik satu foto iaitu poster rasmi filem Ainun Habibie 3.
Menerusi filem tersebut, pelakon Maudy Ayunda dipilih untuk memainkan peranan Ainun ketika muda, sementara pelakon Jefri Nichol akan mebawa watak sebagai BJ Habibie ketika masih muda.
Filem yang bakal ditayangkan pada 19 Disember 2019 itu turut mendapat perhatian warganet yang memberi respon positif selain tidak sabar untuk menonton filem tersebut.
- @zeaimanda: Aaa jadi gak sabar mau liat filmnya
- @zkasaa: Im so excited!!!
- @cumaanneaja: Seneng banget, walaupun masih harus nunggu semangat ah…
Sumber daripada: Instagram officialpilarez
Post comments (0)