Tular di laman sosial baru-baru ini mengenai satu video yang di muat naik oleh pengguna Twitter @peanutanisa, satu video sosial eksperimen yang menguji kesetiaan seorang gadis di mana identiti mereka dirahsiakan, dengan menawarkan RM20,000 bersama syarat gadis itu perlu meninggalkan kekasihnya jika mahukan wang tersebut.
https://twitter.com/peanutanisa/status/1284923268336504834
Eksperimen “Gold Digger Test” yang dilakukan oleh krew Bros Gang TV ini berjaya membuat penonton terkejut dengan hasil yang diperoleh mereka di hujung video.
Bagi anda yang tidak tahu apakah itu “Gold Digger Test”, ia adalah satu ujian di mana ia telahpun dirancang untuk menguji sama ada perempuan tersebut ‘mata duitan’ dan setia ataupun tidak.

Meringkaskan lagi kisah disebalik video ini, teman lelaki kepada gadis ini bernama samaran Akmal, berjumpa dengan krew Bros Gang TV untuk melihat sendiri kesetiaan gadis ini terhadap Akmal. Jika gadis ini melayan permintaan pelakon yang telah diupah oleh Bros Gang, mereka akan dikira sebagai curang dan tidak setia kepada pasangan mereka.

Dipendekkan cerita, gadis ini ‘kantoi’ dengan teman lelakinya sendiri apabila dia mengatakan dia setuju untuk menjadi teman wanita kepada pelakon Bros Gang!
Oh no, siapa je yang tak sedih bila pasangan curang di belakang kan..
Pelbagai reaksi mengundang sama ada positif mahupun negatif dari netizen di Twitter :

Sumber : Twitter @Aasymir

Sumber : Twitter @Nurhisyamnazri

Sumber : Twitter @fathihilmi_

Sumber : Twitter @hakimimuhaimin

Sumber : Twitter @peanutanisa
Secara umumnya, semua manusia di muka bumi ini dipengaruhi dengan sifat “materialistik” masing-masing. Ada yang berjaya mengawal diri dan ada juga yang tewas dengan desakan nafsu.
Tapi percayalah menjadi lumrah bagi setiap manusia ini terhadap sifat kematerialistikan itu. Cuma atas kebijaksanaan masing-masing mengawalnya.
Begitulah cerita gadis malang ini, duit tak dapat, ‘boyfriend’ pun lesap. Konklusinya, hargailah apa yang ada di depan mata. Sama-sama perbaiki diri untuk jadi lebih baik untuk satu sama lain, bukan meninggalkan.
Post comments (0)