Pejam celik pejam celik, dah 2 tahun rupanya kita hadapi COVID-19 ni bersama sama. Kita masih lagi dalam jangkaan untuk berada di fasa endemik tidak lama lagi.
Penjagaan SOP pun tetap harus dikekalkan, dan semestinya penggunaan pelitup muka masih ditekankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan juga Kementerian Kesihatan Malaysia.
Cerita tentang pelitup muka ni kan, dah semestinya nak yang berkualiti bukan? Jom usha CALLIE Mask ni, memang stylo habis!
Bukan Biasa Biasa, Callie Mask Kini di Papan Iklan 3D Pavillion Elite Screen!
Siapa je tak tahu lokasi terkenal ni kan? Pavillion Mall Bukit Bintang.. Ya! Korang kini boleh tengok iklan pelitup muka CALLIE menerusi 3D Pavilion Elite Screen di Pavilion Mall, Bukit Bintang.
Bukan biasa biasa, iklan pelitup muka CALLIE ini juga merupakan satu mesej pesanan khidmat masyarakat untuk semua supaya sentiasa memakai pelitup muka kerana COVID-19 masih wujud. Jangan sesekali kita ambil mudah ya semua..
Dalam masa yang sama juga, iklan dari CALLIE juga nak korang bergaya di waktu pagi raya nanti terutamanya buat para hijabista yang ingin menggayakan pelitup muka headloop 4 lapis nanti. Pelitup muka headloop tersebut mengandungi 4 lapisan perlindungan untuk keselamatan. Terdapat juga dalam warna For Evergreen, Rule The Night & Neutral Beige yang memudahkan korang untuk bergaya dan berfashionista di pagi raya bersama rakan dan keluarga nanti.
Ada Apa di Callie Lab Pop-Up @ The Starhill?

Memang nampak menarik betul galeri makmal CALLIE ni tau. Buat julung kalinya, CALLIE akan mendedahkan kepada orang ramai bahan gred tinggi yang dimasukkan ke dalam setiap pelitup muka, melalui dinding fabrik di mana pelawat boleh melihat, menyentuh dan merasa komponen itu sendiri.
Melalui terowong ini mendedahkan banyak warna luar biasa yang CALLIE telah gunakan dalam proses tersebut, termasuk beberapa warna yang akan muncul dalam masa terdekat nanti. Galeri ini memperincikan banyak teknologi dan inovasi yang membezakan CALLIE berbanding jenama lain. Yang menariknya, makmal ini lah membolehkan korang untuk memilih dan cipta sendiri set kotak pelitup muka korang.
Korang boleh kunjungi galeri ini pada 18 April hingga 1 Mei 2022 pada jam 10pagi hingga 10 malam di Level G, @ The Starhill. Paling penting sekali ketika di Callie Pop Up ni la korang bakal dapatkan tawaran menarik dan istimewa.
#SerasiBersamaCallie Challenge Untuk Korang!
Apa?! Dah start jatuh cinta dengan pelitup muka Callie?! Tunggu apa lagi! Jom sertai cabaran #SerasiBersamaCallie di Instagram dan TikTok bermula 1 April hingga 16 April 2022.
Padankan baju raya korang dengan pelitup muka Callie di pagi raya Aidilfitri nanti dan korang berpeluang untuk menjadi ‘superstar’ yang dicari-cari untuk muncul di papan iklan di The Starhill, Kuala Lumpur. Satu KL terkenal!
Syarat- syaratnya mudah je seperti di bawah:
- Muat naik video anda di Reels Instagram
- Tag @Callie.Mask
- Sertakan hashtag #SerasiBersamaCallie
- Tag 3 orang rakan anda untuk sahut cabaran ini
Bila dah muat naik nanti, korang juga bakal berpeluang memenangi lawatan eksklusif di Callie Lab Pop-up @ The Starhill pada April ini!
Pemilihan Pelitup Muka Yang Terbaik Daripada CALLIE MASK
Bukan saja diperakui tinggi oleh pakar perubatan, CALLIE ialah jenama yang utamakan ciri ciri keselamatan yang luar biasa. Ia juga mengekalkan design yang penuh gaya dan up to date sehingga menjadikan Callie sebagai pelitup muka yang wajib anda miliki untuk setiap hari anda!
CALLIE didatangkan dengan warna warna menarik sama ada Bold mahupun Pastel. Semuanya ada! Sesuai untuk setiap golongan umur, tak kira lelaki mahupun wanita sebab ada headloop dan earloop juga. Dan yang best, tak buat sesak nafas pun!
Dengan inovasi pintar, CALLIE akan memastikan rakyat Malaysia sentiasa selamat supaya anda boleh nikmati aktiviti kegemaran anda sambil bergaya. Gaya dan keselamatan tu no 1 tau!
Apa? Dapat kelulusan SIRIM tak? Hehe come on! Untuk keselesaan dan keselamatan semua, jenama CALLIE telah mendapat kelulusan dari SIRIM. So korang tak perlu risau lagi sebab jenama CALLIE ni selamat untuk semua.
Ciri Ciri Keselamatan Yang Luar Biasa, Patutlah Premium!
Menurut anatomi CALLIE sendiri, pelitup muka 4 lapis ini mempunyai beberapa ciri keselamatan yang membuatkan CALLIE diiktiraf oleh perubatan. Antaranya perlindungan terhadap cecair, 99% kecekapan menapis bakteria dan zarah, lembut pada kulit dan membuatkan kita bernafas dengan selesa. Memang wajarlah digelar premium! Dah la selamat, reka bentuk yang cantik itu bonus!
Nak tahu lebih lanjut lagi? Jom usha laman web CallieMask.co untuk design yang menarik serta maklumat lanjut tentang pelitup muka jenama Callie.