
PETALING JAYA: DAP berkemungkinan akan meletakkan calon Melayu pada PRK Kuala Kubu Baharu bulan depan, menurut sumber tepat dalam parti itu.
Sumber itu berkata Ahli Majlis Perbandaran Hulu Selangor Saripah Bakar kini mendahului untuk mewakili Pakatan Harapan (PH) pada 11 Mei.
“Parti itu dijangka meletakkan calon Melayu setakat ini kerana peratusan pengundi Melayu yang tinggi,” kata sumber yang enggan dikenali itu kepada FMT.
Kuala Kubu Baharu adalah kerusi campuran, merangkumi 50% pengundi Melayu, diikuti Cina (30%) dan India (18%).
Kerusi DUN itu telah diwakili oleh seorang Adun Cina sejak 2004, dengan penyandangnya untuk tiga penggal terakhir ialah Lee Kee Hiong daripada DAP, yang baru-baru ini meninggal dunia akibat kanser.
Apabila Lee merampas kerusi itu daripada MCA pada 2013, pengundi Cina membentuk 43% berbanding 33% pengundi…