Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

PRK KKB: Penerimaan pengundi Cina, India bergantung isu sara hidup, kata calon PN

today4 May 2024

Background


Khairul Azhari Saut
Calon PN Kuala Kubu Baharu Khairul Azhari Saut bersama Presiden Gerakan Dominic Lau berkempen di Kampung Baru Cina Kerling, baru-baru ini.

HULU SELANGOR: Calon Perikatan Nasional (PN) Khairul Azhari Saut mengakui masih belum melihat petanda jelas mengenai sokongan masyarakat Cina dan India bagi membolehkannya menang PRK Kuala Kubu Baharu pada 11 Mei depan.

Mengulas penerimaan masyarakat itu selepas seminggu berkempen, Khairul berkata mereka telah turun bertemu kelompok terbabit yang masing-masing mewakili 36% dan 18% daripada 40,226 pemilih layak mengundi.

“Hitam atau putih kepada PN dalam soal sokongan kaum, lebih terarah kepada isu sara hidup yang kian menekan. Kuala Kubu Baharu ini tempat di mana kitaran ekonomi berlegar aktif sesama mereka. Jika kos kenaikan berlaku di kalangan peniaga, secara langsung terkesan kepada pembeli.

“Maka semua terkena dengan kesan ini dan ini fokus saya dalam menyantuni semua pengundi,” katanya kepada FMT.

Sebelum ini, Pengerusi PN Muhyiddin…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Nora Mahpar dan Faiz Zainuddin


Previous post