Connect with us

Sekolah & Uni

PRODUKSI TEATER KANAK-KANAK “SIRI CERITA TELADAN KANAK-KANAK”

Jom tonton!

Published

on

Teater Kanak-Kanak “Siri Cerita Teladan Kanak-Kanak” adalah sebuah produksi di bawah penilaian subjek Produksi Teater Kanak-Kanak (ATE 2023). Produksi ini dijayakan oleh para pelajar Tahun 2 Diploma Teater, Fakulti Teater Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA). Ekoran pandemik yang melanda seluruh negara, para pelajar akan mementaskan persembahan ini secara ‘virtual online’.
Siri Cerita Teladan Kanak-Kanak adalah gabungan idea oleh para pelajar yang menghasilkan empat buah cerita yang bertajuk Gergasi dan Raja Rimba, Fikir Dulu Fikri, Puteri Yang Degil serta Erina dan Hutan Percaya Diri. Siri Cerita Teladan Kanak-Kanak ini mengangkat tema pengembaraan dan pengajaran yang semestinya menjadi satu tarikan yang menarik buat penonton terutamanya kanak-kanak dan semestinya sesuai buat hiburan seisi keluarga.
Pementasan ini dibimbing oleh pensyarah Fakulti Teater, Iefiz Alaudin dan dibantu oleh Sty Mat Desa menampilkan elemen berbeza iaitu “story-telling” dan ia satu tarikan yang unik buat semua yang bakal menonton persembahan ini secara “online”. Pementasan ini akan diadakan pada 3 & 4 Julai 2021 (Sabtu & Ahad) jam 3 petang di YouTube Channel ALZATI Production.
https://youtube.com/channel/UC1bqY-kVNakH2KxcJrrKy-A
Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan produksi ini, boleh menghubungi nombor yang tertera 013 – 586 6972 (Veen.S) | 018 – 292 8716 (Zaf) | 018 – 259 5569 (Aish Mirza)

Poster Acara
Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Office
    +603-7710 5022
  • Studio Hotline
    +603-7710 8822
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.