
PUTRAJAYA: Produktiviti penjawat awam menjadi teras keberkesanan pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang akan berkuat kuasa 1 Dis ini, kata Ketua Setiausaha Negara (KSN), Shamsul Azri Abu Bakar.
Beliau berkata, kenaikan gaji menerusi inisiatif itu perlu disertakan peningkatan mutu kerja, komitmen dan dedikasi penjawat awam.
“Bila kita cerita mengenai produktiviti, penjawat awam kena bagi lebih. Anda perlu berkhidmat dengan lebih baik, perlu berikan lebih banyak kepada kerajaan,” katanya kepada Bernama dalam wawancara khas sempena 100 hari pelantikannya sebagai KSN ke-16 pada 19 Nov ini.
Menurutnya, SSPA bukan saja memfokuskan kebajikan dan kesejahteraan penjawat awam, tetapi juga bertujuan mencetus lonjakan motivasi dalam meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan.
Shamsul Azri berkata, langkah…