KOTA BHARU: Perdana Menteri Anwar Ibrahim akan mengumumkan satu projek pembinaan rumah mampu milik melibatkan pelaburan bernilai RM13 bilion, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.
Beliau berkata, pengumuman itu akan dibuat perdana menteri bulan depan, melibatkan pelaburan paling besar dalam sejarah negara bagi projek berkenaan.
“Ini merupakan satu jumlah yang besar dan menunjukkan komitmen kerajaan perpaduan dalam usaha memastikan semua rakyat mampu memiliki rumah, termasuklah penjawat awam.
“Mereka (penjawat awam) juga akan diberikan ruang serta peluang, bagi yang memerlukan rumah mampu milik,” katanya pada sidang media selepas lawatan rasmi dan meninjau Projek Menaiktaraf Pasar Siti Khadijah hari ini.
Nga berkata, Anwar akan turut memaklumkan perincian berhubung…