
GEORGE TOWN: Ahli Parlimen Damansara Tony Pua masih berteka-teki ketika ditanya sama ada beliau akan bertanding pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
“Kita akan lihat. Kita akan lihat,” katanya kepada FMT ketika ditemui pada pelancaran Langkah Sheraton NFT di sini malam ini.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut.
The Straits Times sebelum ini melaporkan, Pua memaklumkan perkara itu (tidak bertanding) kepada rakan dalam partinya.
Akhbar Singapura itu menulis, Ahli Parlimen tiga penggal itu “telah menjelaskan kepada rakan DAPnya bahawa beliau tidak akan bertanding di Parlimen bagi penggal keempat”.
Dilaporkan juga bahawa Ahli Parlimen Bakri dan bekas menteri alam sekitar Yeo Bee Yin juga dipercayai cenderung “90-10” ke arah untuk tidak bertanding pada pilihan raya.
Sebelum ini, dilaporkan bahawa rakan Pua dalam DAP, Ong Kian Ming tidak akan…