
PETALING JAYA: Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob menyatakan kebimbangan berlakunya ‘Parlimen tergantung’ sekiranya tiada parti mampu membentuk majoriti mudah 112 kerusi, selepas pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
Katanya, sekiranya ia berlaku, maka gabungan kerjasama politik perlu dibentuk semula antara parti politik tertentu.
Beliau berkata, sekiranya tidak mampu membentuk kerajaan secara bersendirian, Barisan Nasional (BN) perlu menguasai sebahagian besar kerusi dan tidak boleh bergantung kepada 20 ke 30 kerusi yang akhirnya akan menjurus kepada pertembungan.
“Saya lebih lihat, selepas pilihan raya, (apa yang) lebih membimbangkan, ramai penganalisis politik (meramal) bahawa tidak ada parti akan menguasai sepenuhnya yang boleh menubuhkan kerajaan secara…