Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Puji Baby Elisya Sandha Comel, Netizen Usik Neelofa – “Bila Nak Tunjuk Wajah Bilal?”

today17 August 2022

Background

Pelakon Elisya Sandha tidak pernah lokek berkongsi wajah anaknya, Bunga Elhaq sejak dilahirkan.

Baru-baru ini, Elisya turut berkongsi satu video puteri sulungnya di Instagram dan ramai yang memuji kecomelan anaknya termasuk selebriti terkenal Neelofa.

Menerusi perkongsian tersebut, Neelofa berseloroh meninggalkan komen dengan memuji bayi berusia dua bulan yang mengukir senyuman itu.

“Cheeky boy masyaAllah,” tulis Neelofa.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Elisya (@elisyasandhaofficial)

Namun, rata-rata netizen menegur usahawan berusia 33 tahun itu dengan mengatakan bahawa Bunga adalah bayi perempuan.

Pada masa sama, terdapat juga netizen yang bertanya bila bekas pengacara Nona ini ingin menunjukkan wajah anaknya, Muhammad Bilal.

Untuk rekod, Elisya mendirikan rumah tangga bersama anak sulung Sheila Rusly iaitu Uzair Haqimy pada 21 Ogos tahun lalu dan dikurniakan cahaya mata pada 18 Jun lalu.

Written by: Aqilah


Previous post