SEPANG: Puluhan ribu penumpang dijangka membanjiri Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dan Terminal 2 mulai esok hingga malam Aidilfitri, kata Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook.
Beliau berkata, waktu kemuncak penumpang mula balik kampung menggunakan pengangkutan udara ialah esok dan Ahad kerana ramai mengambil cuti sempena perayaan Aidilfitri yang dijangka disambut pada 10 April.
“Sabtu dan Ahad dijangka paling sibuk kerana kebanyakan ambil peluang cuti pada Isnin dan Selasa. Kebanyakan penerbangan sudah penuh hingga 9 April,” katanya usai majlis pelepasan penumpang penerbangan lewat malam dengan tambang tetap pertama AirAsia dari Kuala Lumpur ke Miri di KLIA Terminal 2.
Loke berkata, tiga syarikat penerbangan iaitu AirAsia, Malaysia Airlines, dan Batik Air mendapat sambutan tinggi…