
KUALA LUMPUR: Polis menyerbu pusat judi atas talian yang beroperasi di pangsapuri terletak di Jalan Klang Lama, di sini, yang menyasarkan pelanggan dari Bangladesh.
Serbuan itu dilakukan sehari selepas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Abd Jalil Hassan, mengumumkan polis sudah menyerbu 826 premis yang terbabit dalam operasi perjudian, sejak 15 Jan.
Bercakap kepada pemberita di lokasi, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Habibi Majinji, berkata pusat terbabit mampu mengutip deposit berjumlah RM10,000 sehari daripada pelanggannya.
Beliau berkata, pusat berkenaan beroperasi di tingkat 40, di pangsapuri disewa.
“Hasil serbuan menyaksikan penangkapan lima lelaki warga Bangladesh, selain merampas beberapa komputer dan telefon bimbit,” katanya.
Seorang daripada pekerja di pusat…