Siapa yang tak kenal dengan kerabat diraja Brunei Putera Abdul Mateen kan? Mana tidaknya, rupanya yang kacak membuatkan beliau adalah antara putera impian para gadis.
Baru-baru ini, Putera Abdul Mateen anak lelaki ke 10 daripada 12 orang adik beradik telah menyambut hari kelahirannya yang ke-29.
Menariknya pada sambutan ulangtahun beliau, terdapat satu portal hiburan online menulis bahawa beliau ada meluahkan hajat untuk mencari calon isteri yang berkongsi minat yang sama dengannya.
Dikatakan, kerabat diraja Brunei sudah mula meluahkan hasrat mereka untuk mencari calon isteri buat Putera Mateen memandangkan umurnya kini sudah sesuai untuk berumah tangga.
Maka, ramailah yang meninggalkan komen terhadap article yang dikeluarkan itu.
Namun, dalam banyak-banyak komen, ada seorang gadis yang berjaya menarik perhatian ramai dengan mengatakan:-
jika dia bukan jodohku, maka cabutlah nyawa jodohnya https://t.co/NpEJFMElUY
— m (@amieshaaaaa) August 24, 2020
Sampai macam tu sekali!
Bagaimanapun, wanita berkenaan menyatakan beliau hanyalah bergurau dan ciapan tersebut sehingga kini telah dikongsi lebih daripada 6,000 di laman Twitter.
Post comments (0)