Pelakon dan usahawan, Puteri Sarah terbuka untuk mencari cinta baru sekiranya dia bertemu dengan lelaki yang tepat.
Mengakui mahu berteman, aktres drama rantaian Polis Peronda itu bagaiamanapun enggan menyulam cinta semula bersama individu yang pernah disayanginya.
“Saya lebih suka cari cinta baru. Kalau ada jodoh dengan lelaki tepat saya okay saya. Saya pun nak juga berteman memandangkan saya pun masih muda lagi. Saya tak serik.
“Kalau ada jodoh saya terima, kalau sebaliknya saya reda,” katanya.
Puteri Sarah berkata demikian ketika ditemui di sidang mediasi isu saman fitnah berjumlah RM1 juta membabitkan bekas pekerjanya, Nazatul Nazira.
Sementara itu, Puteri Sarah turut meluahkan rasa syukur apabila dia masih menjalinkan hubungan erat dengan keluarga mentua meskipun sudah bercerai bersama aktor dan pengarah sensasi, Syamsul Yusof.
“Alhamdulillah saya baik-baik saja. Hubungan saya dengan keluarga mentua pun masih utuh.
“Lagipun saya ada terbabit dengan penggambaran drama terbitan bapa mentua, Datuk Yusof Haslam, jadi kami sering berjumpa di lokasi penggambaran,” katanya.
Sekadar info, Puteri Sarah dan Syamsul bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Jun lalu.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Syaikhul Islam dan Sumayyah.
Artikel Berkaitan: Saling Berbalas Kenyataan, Puteri Sarah & ‘Bekas Pekerja’ Perang Di Media Sosial – “Dekat IG Story Meroyan, Kelakar Awak Ni”
Artikel Berkaitan: Puteri Sarah Beri Kenyataan Balas Isu Fitnah Melampau Bekas Pekerja, Mahu Selesai Cara Baik – “Hidup Ini Pendek, Tak Perlu Nak Tertekan”
Artikel Berkaitan: Sebar Fitnah Melampau Terhadap Puteri Sarah, Bekas Pekerja Nekad Fail Saman – “ I Will Fight For My Rights”