
Kementerian Ekonomi menegaskan kerajaan tidak pernah meminggirkan negeri kurang maju dalam pengagihan perbelanjaan pembangunan persekutuan, menambah peruntukan tambahan disalurkan bagi melengkapi dana sedia ada kerajaan-kerajaan negeri berkenaan.
Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Nasir berkata, empat negeri pimpinan pembangkang – Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis, juga dikenali sebagai SG4 – menerima RM7.7 bilion perbelanjaan pembangunan persekutuan bagi 2025 untuk menampung peruntukan RM1.13 bilion yang disediakan kerajaan negeri masing-masing.
“Sebab kita melihat bahawa ada keperluan untuk merapatkan jurang pembangunan (antara negeri). Maka sebab itu, telahan yang mengatakan seolah-olah kerajaan persekutuan cuba menganaktirikan, mengetepikan pembangunan (negeri-negeri) ini, bagi saya tidak ada asas sama sekali.
Klik sini untuk baca artikel penuh.
Sumber: