Imbas untuk muat turun aplikasi

Onz

“Putrajaya Will Be My Second Home” – Berseloroh Dengan Rakan, Bella Astillah Raih Tumpuan

today27 May 2025

Background

Pelakon dan penyanyi terkenal, Bella Astillah sekali lagi mencuri perhatian warganet selepas memberi bayangan Putrajaya bakal menjadi rumah keduanya.

Menerusi sebuah video tular di platform TikTok, Bella atau nama penuhnya Dayang Ara Nabeela Awang Astillah, 31, dilihat tertarik untuk singgah ke sebuah butik yang menjual pakaian tradisional baju kurung.

Namun begitu, hasratnya tidak kesampaian apabila butik tersebut masih belum dibuka.

“Ternampak baju kurung tapi kedai belum buka. Next ke sini lagi. Tapi kedai dia belum buka,” ujar seorang rakannya dalam video tersebut.

Ibu kepada dua cahaya mata itu secara bersahaja menyatakan hasrat untuk kembali semula ke butik berkenaan.

Dalam nada berseloroh namun mencuit hati, Bella turut menyatakan Putrajaya mungkin akan menjadi rumah keduanya.

“Tak apa, saya akan datang balik. Putrajaya akan jadi rumah kedua saya,” katanya sambil mengukir senyuman manis.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mula mengaitkan kenyataan Bella itu dengan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq, memandangkan hubungan mereka dikatakan semakin akrab.

Walaupun kedua-duanya masih belum mengesahkan status sebenar hubungan mereka, ramai peminat pasangan yang diberi gelaran #BASS itu menitipkan doa agar mereka segera melangkah ke alam perkahwinan.

@amir_fiqri3

Ternampak baju kurung tapi kedai belum buka. Next ke sini lagi ✌🏻

♬ original sound – Amir Fiqri 3 – Amir Fiqri 3

Written by: Salma


Previous post