Anak-anak akan mula menghafal surah pilihan sejak dari kecil. Kebiasaannya, ibu bapa akan menghantar anak mereka sejak berumur 4 tahun.
Selepas tamat, anak-anak boleh terus memohon untuk memasuki Sekolah Rendah Tahfiz Negeri Pahang.
Pendekatan yang diberikan termasuk Hafazan 30 Juzu’ Al Quran dalam tempoh 6 tahun, KSSR, KAFA, persekitaran mesra Bahasa Arab & Inggeris, kemahiran bahasa & berkomunikasi, dan aktiviti kokurikulum yang eksklusif.
Perjalanan ke MTNP dan seterusnya menjadi mudah jika anak-anak dah didedahkan dengan Al Quran sejak dari kecil. Modul ini sepatutnya diguna pakai di seluruh negeri di Malaysia.
Dalam satu ciapan lain, seorang lagi pengguna X mendedahkan terdapat tiga tahap untuk masuk ke Maahad Tahfiz.