‘Raya Macam Cara!’ mengisahkan empat orang sepupu iaitu Alyssa, Sofea, Noah dan Imran yang menetap di serata Malaysia dan pulang ke kampung untuk beraya bersama keluarga besar mereka di Kedah.
Sepanjang berada di kampung, mereka menyedari terdapat pelbagai cara dalam menyambut raya. Ini termasuklah corak dan jenis pakaian, kemeriahan hidangan serta keunikan dialek dari setiap negeri.
Walaupun berbeza, mereka tetap saling menghargai keunikan latar belakang dan budaya masing-masing lantas merapatkan lagi hubungan kekeluargaan mereka.
Mungkin cara sambutan Aidilfitri kita berbeza, namun inilah keunikan yang memeriahkan lagi sambutan serta memberikan kenangan manis buat ahli keluarga.