Hot FM

Raja Permaisuri Agong kurnia penghargaan kepada 28 pelajar cemerlang bahasa Inggeris


Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah fb pic 30126
Penerima bergambar bersama Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah. (Gambar Facebook)
KUALA LUMPUR:

Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan mengurniakan sijil penghargaan kepada 28 pelajar Malaysia yang meraih kejayaan dalam pertandingan bahasa Inggeris peringkat antarabangsa.

Menurut hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini, pengurniaan sijil itu berlangsung dalam satu sesi menghadap di Dewan Seri Temenggong, Istana Negara, di sini, semalam.

Pelajar berkenaan terdiri pelbagai kaum dari seluruh negara, yang pernah memenangi pertandingan bahasa Inggeris antaranya di Itali, Amerika Syarikat, Brazil, United Kingdom dan Singapura.

Hadir sama dalam majlis pengurniaan itu Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Azmi Rohani dan Datuk Paduka Maharaja Lela Istana Negara, Azuan Effendy Zairakithnaini.

Antara penerima penghargaan ialah Evangeline Khoo dan Liew Erynn dari Kuala Lumpur memenangi pertandingan The Queen’s Commonwealth Essay Competition di…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version