Menerusi video berkenaan, kelihatan dua orang gadis sedang merakam dirinya membuat satu challenge menari di TikTok.
Apa yang lebih menghiburkan adalah apabila sebaik saja gadis berbaju hitam itu menekan butang rakam dan bersedia untuk menari, dia dilihat terjatuh ke dalam semak samun.
Gadis itu dilihat hilang keseimbangan semasa berundur ke belakang. Kawan sebelah terpaksa menolongnya untuk bangun.