
KUALA LUMPUR: Lebih 1,000 orang berhimpun di Kedutaan Amerika Syarikat bagi menyatakan solidariti bersama rakyat Palestin bersempena Hari Al-Quds.
Seusai solat Jumaat, peserta berarak dari Menara Tabung Haji bagi menyerahkan memorandum kepada kerajaan AS yang terus menyokong Israel ketika tentera rejim Zionis berterusan membantai rakyat Palestin.
Peserta daripada pelbagai NGO dan parti politik itu membawa bersama keranda, replika jenazah bayi, dan plakad ‘hentikan genosid’.
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) memaklumkan pihak kedutaan enggan menerima memorandum mereka, yang menggesa AS menghentikan bantuan ketenteraan kepada Israel dan mengiktiraf hak mutlak rakyat Palestin.
“Kita juga akan menyerahkan memorandum ini kepada Asean, Liga Arab dan Pertubuhan Kerjasama Islam supaya sama-sama dapat memberikan tekanan kepada AS,” kata presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid.
Hadir…