Menurut wakil jurucakap Cinta Gaza Malaysia di Palestin, sumbangan ini amatlah berharga dan penting kerana ramai mangsa yang tidak mampu membeli baju sejuk bagi menghadapi musim sejuk.
“Hari ini, kami mengagihkan pakaian untuk saudari dan saudari kami pakaian musim sejuk khusunya untuk kanak-kanak yang tidak mampu membeli baju sejuk.
“Kanak-kanak Palestin yang tidak berdosa ini betul-betul kesejukan dan di dalam musim sejuk air hujan akan masuk ke dalam khemah, mereka tidak mempunyai apa-apa untuk menghangatkan badan,” katanya.