Imbas untuk muat turun aplikasi

Muzik Buzz

Ratuku Buah Tangan Terbaru Khai Bahar

today16 December 2019

Background

Penyanyi, Khai Bahar tampil dengan single terbaru berjudul Ratuku.

Selepas kejayaan lagu duet Satukan Rasa bersama Siti Nordiana, Khai atau nama sebenarnya Muhammad Khairul Baharuddin sudah pasti berharap single terbarunya ini turut diterima baik oleh peminat.

Ratuku diterbit dan diedarkan syarikat rakaman 17Eleven Music dan merupakan hasil ciptaan Kanda (Khai Bahar), Dr Azrul Azlan dan Anwar Husaini manakala liriknya oleh Dr Azrul Azlan.

Untuk pengetahuan, lagu ini dihasilkan khas untuk Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bagi memberi kesedaran kepada orang ramai untuk membantu mereka yang mengalami sakit buah pinggang.

Sejak dilancarkan pada 11 Desember lalu, video muzik Ratuku yang menangkap hati penonton trending di laman Youtube dengan meraih lebih 242,000 jumlah tontonan.

Written by: Jay


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *