Imbas untuk muat turun aplikasi

Story

Raya Lebih Meriah Tapi Selamat Dengan Penulen Air Jiksoo Ria & Penulen Udara All Clean

today21 April 2022

Background

Setelah 2 tahun tidak beraya bersama, tahun ni mesti ramai yang excited nak pulang ke kampung halaman kan? Walaupun dalam norma baharu, sambutan perayaan ni mesti kekal meriah di samping yang tersayang.

Paling penting, tahun ni kita dapat merasai kembali kemeriahan ziarah menziarahi rumah sedara-mara sambil bertukar-tukar menu raya. Tak sabarnya nak makan rendang, kuah kacang, lemang dan macam-macam lagi! Time ni lah baru dapat rasa menu-menu yang rare! Masa raya je jumpa!

Macam biasa sebelum beraya mestilah kita buat checklist dulu kan? Takut ada yang tak cukup nanti susah! Alang-alang tengah buat checklist raya tu, pastikan korang masukkan Penulen Air JIKSOO Ria serta Penulen Udara All Clean ni sekali! Baru lah boleh sanak saudara datang beraya dengan tenang!

Jom tengok kelebihan kedua-dua produk SK magic ni!

 

Tiada lagi isu air terlalu panas atau sejuk, Penulen Air JIKSOO Ria ni hadir dengan teknologi baharu!

Betul tu, kalau sebelum ni korang rasa macam β€œish air ni panas sangat lah” atau β€œsejuk sangat lah”, masalah ni tak akan timbul dengan Penulen Air JIKSOO Ria sebab ia mempunyai teknologi yang lebih advanced iaitu sistem tanpa tangki dan hanya akan aktif apabila adanya sumber air.

Ada tiga pilihan untuk suhu air tu tau untuk korang jamu tetamu yang datang:

  • Suhu Air Panas (85 darjah celsius) yang sesuai untuk kopi atau teh panas
  • Suhu Air Sejuk (4 darjah celcius) yang sesuai untuk buat air sirap yang sejuk tanpa ais
  • Suhu Bilik yang sesuai untuk bancuh air kordial seperti Sarsi, Oren atau Asam Boi

Selain itu, Penulen Air JIKSOO Ria ni juga lengkap dengan sistem penapisan nanoteknologi yang boleh menghilangkan klorin, bau dan pelbagai sebatian organik lain yang berbahaya. Malahan zarah besar seperti karat, habuk dan pasir juga boleh ditapis! Tak payah ragu-ragu nak minum air dah lepas ni.

Bukan setakat itu sahaja, bakteria, virus, mikroorganisma serta logam berat juga boleh dihapuskan! Pada masa yang sama, mineral yang baik untuk kita masih dikekalkan dengan UV Steriliser ni!

Ia juga jimat elektrik!

Selalu orang kata kalau guna penulen air mesti bil elektrik tinggi. Tapi korang jangan risau, dengan Penulen Air JIKSOO Ria takde masalah ni! Dah jimat elektrik ni, duit Raya boleh la bagi banyak sikit kan.

Teknologi tanpa tangki yang digunakan bukan sahaja menjimatkan elektrik pada kadar penggunaan minimum 730Wj sehari tetapi ia juga menjimatkan penggunaan air kerana ia tidak mempunyai air untuk disimpan.

Bila korang nak minum air atau nak buatkan air untuk tetamu yang datang beraya, baru lah sistem tu akan aktif untuk bagi air panas atau sejuk mengikut kesukaan korang!

Jarang la teknologi Korea Selatan ni tak canggih kan?Β JIKSOO RiaΒ ni juga hadir dengan sistem penulen teknologi yang boleh mengasingkan bahan tercemar berbahaya dan memberikan air yang bersih kepada pengguna dengan harga yang mampu milik.

Penulen Udara All Clean ni pun kena masuk dalam checklist tau! Baru la udara kekal bersih walaupun tengah beraya!

Korang tahu tak, Penulen Udara All Clean ni mampu menghapuskan 99.99% kulat, bakteria dan virus di dalam rumah!

Yang mana nak balik kampung tu, ha bawa lah sekali Penulen Udara All Clean ni! Baru lah ada gaya Raya tahun ni!

Sebab ianya lengkap dengan Penapisan 8 peringkat All-in-One sama seperti Penapis HEPA Gentian Tembaga yang sudah terbukti mampu untuk menapis 99.99% virus bawaan udara.

Antara ciri dan fungsi menarik Penulen Udara All Clean ni ialah:

Dari segi saiznya hanyalah sebesar 650mm dan hanya memerlukan tenaga sebanyak 34Wh untuk berfungsi, tambahan pula warna putih yang sangat evergreen dan mudah untuk dikenakan dengan mana-mana konsep rumah menjadikan penulen udara ni menjadi pilihan ramai.

Ia juga mampu untuk membersihkan udara dari setiap arah termasuklah habuk di lantai dan boleh cover ruang seluas 66mΒ² tau! Tak payah susah-susah nak alih-alih dah, letak je satu tempat terus udara rumah jadi lebih bersih. Jadi bila orang datang beraya kat rumah korang nanti, gerenti puas hati.

Korang percaya atau tak, segala bakteria dan partikel-partikel berbahaya juga boleh dihapuskan dengan Penapis Pra-Penapis Antibakteria Berganda dan Penapis Penjagaan All-in-One!

Bukan itu sahaja, ia juga boleh ditanggalkan sepenuhnya dan boleh dibasuh, so korang boleh lah selalu bersihkan penulen udara korang ni sendiri! Barulah sentiasa nampak macam baru beli.

Penulen udara ni dah diiktiraf sebagai peralatan kesihatan dan peranti perubatan oleh Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat (USFDA)! Korang boleh gunakan di rumah dengan lebih selamat. Ia juga dilengkapi dengan roda, mudah nak alihkan!

Raya ni ada combo menarik untuk korang tau!

SK magic nak kasi tawaran menarik untuk korang Raya ni!

Kombo Ria RayaΒ menawarkan Penulen Air JIKSOO Ria dan juga Penulen Udara All Clean pada harga RM158 je sebulan!

Ye betul, dua-dua item ni hanya RM158 dan korang boleh menikmati air dan udara yang lebih bersih!

Bukan itu je, korang juga akan dapat perkhidmatan pemasangan percuma serta servis percuma selama LIMA TAHUN beserta WARANTI!

Wahhhhhh, berbaloi sungguh lah macam ni! Dah la jimat, boleh beraya dengan bergaya tanpa sebarang kerisauan pulak tu.

Korang boleh layari laman webΒ SK magicΒ untuk ketahui dengan lebih lanjut mengenai Penulen Air JIKSOO Ria dan juga Penulen Udara All Clean ni! Dapatkan segera guys, raya dah dekat ni!

Written by: Nabilah


Previous post