Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Raysha Rizrose Bakal Timang Anak Sulung

today11 September 2024

Background

Pelakon Raysha Rizrose, 28, dan suami, pelumba kereta Formula 2, Nabil Jeffri, 30, bakal menyambut kehadiran cahaya mata pertama.

Pasangan sama cantic sama padan itu berkongsi khabar gembira apabila mengumumkan mengenai kehamilan Raysha menerusi sebuah hantaran di Instagram.

Menerusi video yang dikongsikan, adik kepada pelakon Uqasha dan Nelydia Senrose ini memperlihatkan ‘baby bump’ perutnya yang semakin membesar.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Raysha Rizrose (@raysharizrose)

Bagaimanapun, Raysha tidak memaklumkan usia kehamilan dan hanya meletakkan kapsyen “us, 11 years later.”

Kapsyen itu membawa maksud usia perkenalan mereka yang kini memasuki 11 tahun.

Terdahulu, Raysha dan Nabil mendirikan rumah tangga pada 22 Februari 2023.

Written by: Salma


Previous post