Berita kematian pelakon dan pengacara Malaysia, Ashraf Sinclair pada 18 Februari lalu mengejutkan ramai pihak.

Suami kepada pelakon dan penyanyi Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL) itu dipercayai meninggal akibat serangan jantung dan dikebumikan di San Diego Hills, Karawang, Jawa Barat, Indonesia.
BCL yang popular dengan lagu Cinta Sejati telah menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-37 pada 22 Mac lalu.

Sempena tanda sokongan dan ingatan, pelakon tanah air, Raysha Rizrose ada memuat naik sebuah video di laman Instagram miliknya menyanyikan lagu Cinta Sejati khas buat Bunga.
https://www.instagram.com/p/B-CXLWtH7Sm/
Adik kepada selebriti Uqasha Senrose dan Nelydia Senrose itu turut mendoakan agar Bunga terus kuat menjalani kehidupan.
Video berdurasi 2:44 saat itu juga mendapat perhatian ramai apabila rata-rata peminat Raysha memuji vokalnya yang merdu.
https://www.instagram.com/p/B9mI0cKHsC4/
Post comments (0)