Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Rebut kawasan dadah punca kejadian pergelangan tangan putus ditemukan

today23 June 2024

Background


Abang Zainal Abidin Ahmad
Ketua Polis Ipoh Abang Zainal Abidin Ahmad berkata, pihaknya menerima laporan mengenai pergaduhan itu pada 11.03 pagi tadi. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Penemuan pergelangan tangan manusia berhampiran jalan di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia Sultan Azlan Shah, Tanjung Rambutan, hari ini terjawab setelah polis mengesahkan berlakunya pergaduhan antara lebih 20 individu di lokasi kejadian.

Ketua Polis Ipoh Abang Zainal Abidin Ahmad berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan pergaduhan yang menyebabkan kecederaan parah terhadap tiga lelaki berusia 26 hingga 30 tahun itu pada 11.03 pagi.

“Siasatan mendapati mangsa pertama mengalami kecederaan hampir putus pergelangan tangan kiri, mangsa kedua putus pergelangan tangan kiri manakala mangsa ketiga putus urat di tapak tangan kiri,” katanya, lapor Bernama.

Menurut Abang Zainal Abidin, mangsa yang cedera dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.

Katanya, ketiga-tiga lelaki itu menyatakan mereka diserang oleh…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post