
PETALING JAYA: Ketua PKR Selangor Amirudin Shari membidas pihak tertentu yang mengatakan perjuangan reformasi dibawa parti itu sejak 25 tahun lepas telah terkubur.
Sebaliknya, Amirudin yang juga menteri besar Selangor berkata, titik perubahan dan reformasi yang dibawa PKR masih terus dilaksanakan biarpun terdapat beberapa “perkembangan yang menjadi persoalan” bawah pentadbiran kerajaan perpaduan.
“Sebenarnya orang-orang ini sangat takut dan bimbang dengan reformasi dan tak mahu ia terus berlaku,” katanya pada Majlis Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Reformasi dan Perasmian Perdana Mesyuarat Agung Tahunan Cabang, Wanita dan Pemuda PKR Selangor 2023 malam tadi.
Amirudin percaya reformasi ke arah kebaikan akan terus mekar, berkobar-kobar dalam hati rakyat Malaysia dan tidak akan mati, sebagaimana reformasi yang berlaku di seluruh…