Gara-gara terlalu menghayati watak untuk filem terbaharu lakonan Remy Ishak dan Nur Fazura berjudul The Legend Of Pontianak, Remy mendedahkan dia sering dihantui bayangan makhluk ghaib tersebut.
Remy menerusi akaun Twitternya memaklumkan sepanjang proses penggambaran filem itu dia tidak merasakan keseronokan apabila berdepan dengan situasi menggerunkan.
Dalam penghayatan watak utk filem baru judul ‘PONTIANAK’. Tak ada benda yg seronok & best dalam hidup aku sekarang ni. Script ni buat aku jahanam! semua tempat aku nampak kelibat dia sekarang. Allah hu Allah!
— Remy Ishak (@remy_ishak) January 14, 2018
Namun, perkongsian Remy mendapat feedback negatif daripada netizen yang menganggap itu adalah sebahagian daripada publisiti murahan.
Sebelum ini, Fazura turut mendedahkan bahawa dia juga pernah melihat seorang wanita menyerupai pontianak di set penggambaran di Hulu Langat.
Filem tersebut turut dibintangi Namron, Tony Eusoff dan Shenty Feliziana yang akan menemui penonton di pawagam pada Semptember ini.
Post comments (0)