Pelakon Remy Ishak menafikan mempunyai sebarang hubungan istimewa dengan seorang model.
Menurutnya, wanita terbabit telah dikenalinya sejak 5 tahun lalu.

Remy menganggap gosip itu sengaja ditimbulkan individu yang tidak senang melihat hubungan rapatnya dengan wanita lain selain Mira Filzah.
Menurut Remy,
“Dia kawan lama yang saya kenal sebelum saya mengenali bekas tunang. Hubungan kami sekadar kawan. Mungkin kisah ini timbul bila ada peminat yang terlalu mahukan saya dan Mira bersama.”

“Jangan begitu, kerana saya juga manusia biasa dan saya berhak kenal dengan sesiapa sahaja.”
Dalam pada itu, Remy juga meluahkan rasa terkilan apabila ramai menuduh Mira dan juga model itu sebagai punca dia berpisah dengan bekas tunangnya.
“Tak elok lemparkan tuduhan pada kawan saya. Ia tidak membabitkan sesiapa pun. Punca saya dan bekas tunang putus atas keputusan sendiri.”
Written by: Jay
mirafilzah model remyishak
Post comments (0)