Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Ribut petir, hujan lebat di sebahagian besar Sarawak

today19 September 2022

Background



Jabatan Meteorologi berkata, amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang itu dijangka berlaku di sebahagian besar kawasan di Sarawak sehingga 10 pagi ini.

PETALING JAYA: Cuaca buruk dijangka melanda beberapa bahagian di Sarawak pagi ini.

Jabatan Meteorologi dalam pemakluman di Facebook berkata, amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang itu melibatkan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Song, Tatau serta Bintulu.

β€œAmaran cuaca tidak menentu itu dijangka berlaku sehingga 10 pagi ini,” menurutnya.

Amaran itu dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post