
PETALING JAYA: Ketua Wanita Bersatu, Rina Harun akan bertanding di kerusi Parlimen Sepang pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
Pengumuman itu dibuat Pengerusi Perikatan Nasional (PN) dan Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin menerusi program Jelajah Prihatin Parlimen Sepang.
“Sah ini presiden (Bersatu) yang bercakap. Rina sudah jadi menteri, saya fikir sudah diterima baik di sini. Wajarlah malam ini saya umumkan,” katanya dalam program yang turut dihadiri Pengerusi PN Selangor, Azmin Ali dan Ketua Penerangan PAS, Khairil Nizam Khirudin.
Setakat ini, Pakatan Harapan (PH) mengumumkan akan mencalonkan Ketua Wanita Amanah, Aiman Athirah al-Jundi dan Pejuang pula mempertaruhkan Ketua Wanitanya, Che Asmah Ibrahim di kerusi itu, yang dimenangi Hanipa Maidin daripada Amanah pada 2013 dan…