Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Rindu Nak Berlakon Namun Hanez Suraya Akur Keputusan Suami – “Saya Kena Korbankan Bila…”

today25 January 2023

Background

Pelakon Hanez Suraya memberitahu dia kini terpaksa memperlahankan karier lakonan kerana hanya mahu fokus pada keluarga.

Hanez yang kini aktif berbasikal juga berkata dia terpaksa korbankan kerjayanya itu selepas berbincang bersama suami tercinta.

“Saya masih aktif dalam berbasikal, memang itu aktiviti setiap minggu, dua tiga kali memang wajiblah kayuh.

“Nak kata rindu tu, sudah tentulah rindu sebab itu antara minat saya dari dulu.

“Saya kena korbankan bila suami dah tak bagi. Bukan tak bagi, cuma dia takut saya tak boleh bagi komitmen dekat keluarga. Daripada saya nak commit pun susah sebab anak lagi, mereka pun dah sekolah, saya yang kena uruskan mereka.

“Saya tak terfikir untuk kembali,” jelas Hanez.

Hanez yang mula menjejaki industri menerusi filem Bicara Hati turut mengakui dia sangat merindui dunia lakonan.

Malah tidak menolak sekiranya ada rezekinya kembali di layar televisyen kelak,

“Saya tak mahu cakap bersara, nak menghilangkan diri, tidak, cuma saya tak mahu fikir. Kalau ada rezeki, kita tak tahu akan datang sebab kalau kita cakap sekarang nanti tak sampai benda itu.

“Ada juga yang bertanya, cuma saya tak boleh bagi jawapan sebab saya fikir nak bagi komitmen pun tak berani.

“Rindu itu memang rindu, kadang-kadang buka cerita lama saya, saya sangat rindu,” ujarnya teruja.

Disoal adakah akan kembali sekiranya anak-anak sudah meningkat usia, pelakon drama Sedetik Cinta ini hanya bergantung harap pada rezeki tuhan.

“Saya tak berani nak cakap sekarang, kita tak tahu bila anak dah besar. Sekarang ramai yang fokus pada keluarga dan bila anak dah besar mereka buat ‘comeback’.

“Tapi kalau nak tunggu anak membesar tu, kita pun dah berumur, tak tahulah masih kayuh lagi atau tak, masih boleh berlakon lagi atau tak, masih laku lagi ke tak, kita tengok rezeki kita pada masa itu, Insya-Allah.,” tutup Hanez.

Untuk rekod, Hanez mendirikan rumah tangga bersama ahli perniagaan Romie Razin pada 25 Mac 2015 dan dikurniakan empat cahaya mata.

Sumber: Melodi TV3

Written by: Aqilah


Previous post