Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Ringgit merudum: ‘Jangan sampai ke pasar sewa beca bawa duit’, Ku Li beri ingatan

today17 September 2022

Background



Tengku Razaleigh Hamzah yang pernah menjadi menteri kewangan bermula 1976 hingga 1984 mendakwa daya produktiviti pengeluaran dalam negara juga jatuh.

PETALING JAYA: Tengku Razaleigh Hamzah, memberi ingatan kepada kerajaan segera mengawal kedudukan tukaran asing atau berdepan situasi rakyat terpaksa “sewa beca untuk membawa duit”, jika ringgit terus merudum serta jatuh secara tidak terkawal.

Ahli Parlimen Gua Musang itu berkata, kawalan tukaran asing membabitkan ringgit perlu dibentangkan dalam Bajet 2023 bagi menangani kos sara hidup rakyat.

Beliau berkata, kadar tukaran asing negara berada pada kedudukan “free fall” sehingga menimbulkan kegusaran.

“Kerana tukaran asing kita sudah jatuh dengan tidak terkawal, atau dalam bahasa Inggeris ‘free fall’, kalau free fall sejauh mana ringgit kita nak jatuh? Adakah ringgit kita ni nak jadi macam duit kertas zaman Jepun, nak ke pasar terpaksa sewa beca untuk bawa duit?” katanya menurut Astro…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post