Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Risteena Munim Muat Naik Video Fitting Baju Kahwin, Dedah Kisah Cinta

today11 November 2019

Background

Empat hari yang lalu, pelakon Risteena Munim ada memuat naik satu video sedang fitting baju pengantin di sebuah butik.

Sepertinya kakak kepada selebriti, Ruhainies itu sudah semakin hampir untuk menamatkan zaman solonya.

Kapsyen yang ditulis Risteena juga menarik perhatian peminat apabila dia mendedahkan sikap-sikap romatis buah hatinya itu selama mereka berkenalan.

https://www.instagram.com/p/B4j6qGoJulB/

Beruntung jadi Risteena! Wujud desas-desus mengatakan jejaka yang dimaksudkan adalah aktor, Isa Khan. Benarkah?

Bagaimanapun, sehingga kini kedua-dua belah pihak masih mendiamkan diri biarpun ramai yang berani ‘kerat jari’ bahawa mereka adalah pasangan kekasih.

Apa pun, kita tunggu jawapan dari Risteena nanti okay. Benda baik jangan disorok lama-lama. Ramai ni yang tertunggu-tunggu nak makan nasi minyak awak!

Written by: Jay


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *