Imbas untuk muat turun aplikasi

Muzik Buzz

“Riwayat” Buah Tangan Baharu Salammusik

today14 August 2019

Background

Selepas mengambila masa selama empat tahun, penyanyi berkumpulan Salammusik kini muncul dengan album baharu bertajuk Riwayat.

“Ketika industri muzik rancak dengan evolusi dunia digital pada 2012, kami juga terikut sama ketika itu apabila kerap tampil dengan single. Namun, empat tahun lalu kami sudah mula merangka konsep album ini.

Menurutnya, Riwayat adalah album berbentuk konseptual apabila ia banyak pengisian seperti sejarah, fakta dan banyak bereksperimen dengan bunyi.

“Antara bunyi tradisional yang kami masukkan adalah gamelan, gendang, keroncong selain dicampur dengan muzik moden supaya pendengar dapat menerimanya.”

Riwayat memuatkan 13 lagu antaranya Sedia, Tiada Rasa Sebaris Kata, Cengkaman Beracun, Utusan Kasih, Malam Terlerai, Debar Lembut dan Menyemai Kemungkinan.

Dalam perkembangan lain, Salammusik bakal membuat persembahan sulung di sebuah acara muzik festival di Medan, Indonesia pada 23 Ogos ini.

Written by: Azra Azuar


Previous post

Yang Hangat

Hot FM – Big Malaysian Breakfast

Selain sukan yang menyatukan kita, makanan juga menggambarkan kebersamaan kita sebagai rakyat Malaysia. Ini realitinya membuktikan cantiknya tanah air kita. Bukankah merdeka itu wujud kerana kita bersatu? Kekalkan suasana sebegini ok di tanah air kita. Kami di Ripple Media; Flyfm, HotFM, OneFM, KoolFM, Thelaki, Lunaria, Dhia, Donna, Wakeke, Chapters juga Likely berbangga dengan pencapaian yang kita miliki hari ini walaupun ada pasang surutnya. Kalau kita boleh bersatu di meja makan, […]

today14 August 2019

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *