PETALING JAYA: Seorang wanita kerugian RM350,100 selepas diperdaya sindiket mendakwa mangsa terbabit aktiviti menyebarkan pelaburan haram.
Ketua Polis Ipoh, Abang Zainal Abidin Abang Ahmad, berkata kejadian berlaku pada 12 Ogos, apabila mangsa berusia 37 tahun dihubungi melalui nombor tidak dikenali yang menyamar sebagai pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).
Katanya, mangsa diberitahu mempunyai 44 aduan salah laku mengedar atau menyebarkan pelaburan haram dilakukan menerusi nombor telefonnya.
“Pada masa sama, talian disambungkan kepada seorang suspek lain yang menyamar sebagai pegawai polis. Suspek mengarahkan mangsa membuat pinjaman bank bagi menyelesaikan urusan jenayah tersebut,” katanya dalam kenyataan, menurut Bernama.
Beliau berkata, selepas kejadian itu mangsa membuat semakan terhadap akaun peribadi miliknya dan…