Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

RM700 juta untuk ganti 1,200km paip usang di Melaka

today19 May 2023

Background


Syarikat Air Melaka Bhd berkata, paip simen asbestos sudah berusia 40 tahun berbanding jangka hayat sebenar iaitu 25 tahun.

Pegawai kerajaan Melaka memeriksa kerja membaiki paip utama bocor di loji rawatan air Gadek pada Rabu. (Gambar Facebook)

MELAKA: Syarikat Air Melaka Bhd (SAMB) memerlukan kira-kira RM700 juta bagi melaksanakan penggantian paip usang sepanjang kira-kira 1,170km di negeri itu, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Abd Rashid Ab Rahman.

Beliau berkata paip usang berkenaan merupakan jenis paip simen asbestos yang berusia 40 tahun berbanding jangka hayat sebenar paip berkenaan sekitar 25 tahun sahaja.

“Baru-baru ini Menteri Ekonomi Rafizi Ramli ada mengumumkan untuk membantu semua negeri bagi mengatasi aset air yang usang di seluruh negara.

“Dengan adanya bantuan termasuk peruntukan untuk membantu kerajaan negeri, kita berharap dapat menggantikan paip usang yang terdapat di Melaka,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Unit SAMB Intelligent Command…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post