Imbas untuk muat turun aplikasi

Lifestyle

Rody Kristal Dapat Baby!

today15 January 2019

Gitaris kumpulan Kristal, Rody bergelar bapa apabila isterinya selamat melahirkan anak mereka, seorang bayi lelaki malam tadi.

Menurut Rody,

“Saya dan isteri sepakat menamakan anak kami Adithya Jabbar yang bermaksud bukit yang perkasa”

Rody turut memberitahu dia menemani isterinya Niena Azman sepanjang proses kelahiran anak mereka.

Dua jam selepas dimasukkan ke hospital selepas Maghrib semalam, Niena melahirkan Adithya secara normal pada jam 9.34 malam.

Rody berkata,

“Niena akan menjalani tempoh berpantang selama 3 bulan di kediaman kami sendiri”

Rody atau nama sebenarnya Mohd Rodi Baharuddin berkahwin dengan penjaga gol skuad wanita Futsal Kebangsaan itu pada 27 April 2018.

Tahniah Rody dan Niena!

 

Written by: Jay


Previous post