Penyanyi popular, Dayang Nurfaizah ada berkongsi satu video menyanyikan lagu All I Ask, milik penyanyi Antarabangsa, Adele bersama Hael Husaini.

Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah entri di laman Instagram miliknya buat tatapan peminat kesayangan.
https://www.instagram.com/p/B4SRsFpjGAp/
Cara Hael memandang Dayang dalam video tersebut romantik habis kan?

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berpendapat pasangan ini patut menjalinkan hubungan halal ekoran mereka begitu sweet bersama.
Malah, ramai juga yang meminta nyanyian versi penuh lagu tersebut.


Sebelum ini ada gosip yang mengaitkan Hael dan Dayang.
Keserasian mereka itu menyebabkan ramai peminat sering mengusik dan menganggap mereka menjalinkan hubungan istimewa.
https://www.instagram.com/p/B4PQzOChx0v/
Post comments (0)