
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini mengetepikan permohonan Rosmah Mansor untuk menggugurkan Gopal Sri Ram sebagai Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Kanan dalam kes rasuah membabitkan projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion yang dihadapinya.
Hakim Ahmad Kamal Md Shahid memutuskan bahawa permohonan untuk semakan kehakiman dibuat di bawah Aturan 53 Kaedah 3(6) Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 yang mencabar surat pelantikan Sri Ram (fiat), perlu difail dalam tempoh tiga bulan dari tarikh apabila asas permohonan pertama kali dibangkitkan, atau semasa keputusan itu dinyatakan buat pertama kali oleh pemohon (Rosmah).
“Dalam permohonan semasa ini, pertuduhan dirujuk kepada pemohon pada 15 Nov 2018, dengan Sri Ram hadir sebagai TPR kes itu. Pada 8 April 2021, satu salinan fiat pertama telah…