Penyanyi terkenal Yuna tampil dengan album antarabangsa terbaharu berjudul Rouge.
Menariknya, wajah pelantun lagu Forevermore itu telah muncul di tengah-tengah kota metropolitan Times Square, New York, Amerika Syarikat menerusi sebuah papan iklan lampu LED sempena pelancaran album tersebut. Amat membanggakan!
https://www.instagram.com/p/Bz0oxyAh8OY/
Rouge adalah album keempat antarabangsa Yuna, dilancarkan secara rasmi pada Jumaat dan mengandungi 11 lagu termasuk satu lagu berbahasa Melayu iaitu Tiada Akhir.
https://www.instagram.com/p/Bz1ugLjhSdM/
Menerusi album itu juga, Yuna turut berkolaborasi dengan beberapa penyanyi antarabangsa lain antaranya lagu Castaway (Yuna feat Tyler dan The Creator), Blank Marquee (Yuna feat G-Eazy), Pink Youth (Yuna feat Little Simz) dan Does She (Yuna dan Jay Park).
Post comments (0)