
PETALING JAYA: RTM menafikan tidak menyiarkan secara langsung aksi pemain badminton perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan Sukan Olimpik Paris 2024 semalam.
Ketua Pengarah Penyiaran, Suhaimi Sulaiman, berkata perlawanan Zii Jia menentang pemain ke-62 dunia dari Sepanyol Pablo Abian disiarkan secara langsung di saluran Okey pada Khamis, 8.50 malam hingga 9.30 malam.
“Terdapat perlawanan atlet Israel menentang pemain Nepal melalui saluran Olimpik 4 RTMKlik yang tidak sengaja disiarkan kurang daripada lima minit.
“Bagaimanapun, RTM telah mengambil tindakan segera menukar siaran ke acara lain iaitu acara bola baling,” katanya dalam kenyataan.

Suhaimi berkata, RTM menyiarkan secara langsung Sukan Olimpik melalui dua saluran utama iaitu
TV…