Tahun lalu, Ruffedge yang dianggotai Cat Farish, Azan Addin, Mode Abdullah, Syed Hussein, Amer Munawer dan Zain Hamid membuktikan mereka masih berbisa menerusi konsert Ruffedge: 20th Anniversary Concert di KL Live.
Mana tidaknya, lagu ‘menyengat’ mereka seperti Tipah Tertipu, Lemas, Da; Bomb dan sudah tentu Khayalan masih segar sehingga kini dan diminati pelbagai generasi.
Dua dekad berada dalam industri, Ruffedge yang dikenali dengan muzik hip-hop, soul dan R&B sedang rancak mengatur kerjaya seni.
Selain merancang untuk tampil dengan single baharu yang akan memaparkan sisi matang mereka , Ruffedge juga merancang untuk berjumpa dengan peminat di Sabah dan Sarawak dengan mengadakan sebuah persembahan berskala mega di sekitar Borneo.
“Jika ada konsert pada tahun depan, saya harap ada yang sudi membawa kami mengadakan persembahan di Sarawak atau Sabah. Kami belum pernah mengadakan persembahan di sana.
“Mungkin kami boleh bawakan konsep akustik dan mengadakan persembahan di Istana Budaya Kuala Lumpur atau skala yang lebih besar seperti di stadium,” kata Zain.
Bagaimanapun, Ruffedge tidak mempunyai sebarang perancangan mengadakan konsert pada tahun ini memandangkan persiapan konsert memakan masa yang amat panjang.
Post comments (0)